I made this widget at MyFlashFetish.com.

28 Januari, 2010

menarik utk d kongsi

Info Sains : Uri berpotensi rawat gantian kulit melecur

Uri wanita bersalin yang biasa dibuang kini menjadi komponen paling sesuai dan murah untuk rawatan menggantikan kulit melecur, kata Penyelaras Bank Tisu Negara, Dr Suzina Sheikh Abdul Hamid.



Beliau berkata, bagaimanapun ia belum digunakan secara meluas berikutan tidak semua pakar bedah mengetahui penggunaan selaput itu berbanding selaput tiruan yang diimport pada harga antara RM700 hingga lebih RM1,000 sekaki persegi.

Katanya, daripada setiap uri, Bank Tisu mampu memperoleh lapan keping selaput yang dipotong pada ukuran 100cm/persegi setiap satu dan hanya dikenakan caj pengendalian pada kadar RM10 sekeping.

"Walaupun murah, ketika ini tidak semua pembedahan merawat kulit melecur di negara ini menggunakan selaput uri kerana bergantung tahap kelecuran pesakit dan pengetahuan pakar bedah mengenainya.

"Kelecuran Tahap III yang menampakkan isi dan tulang memerlukan penggantian menggunakan tisu kulit penderma," katanya selepas Majlis Perasmian Sambutan 15 Tahun Bank Tisu Negara yang disempurnakan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Datuk Prof Mafauzy Mohamed, yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohamed.

Turut hadir, Ketua Penyelaras Pusat Transplan Kebangsaan, Datin Dr Lela Yasmin Mansor dan Pengasas Bank Tisu Negara, Datuk Dr Hasim Mohamad.

Ketika ini, Bank Tisu Negara memproses hingga 200 uri setiap bulan bagi mendapatkan selaput yang boleh menggantikan kulit melecur Tahap I dan II.

Dr Suzina berkata, uri yang diterima daripada penderma yang disaring sebelum bersalin, hanya diambil selaputnya sebelum dikembalikan kepada keluarga untuk diuruskan mengikut adat dan agama masing-masing.

sumber: http://hkulim.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=76

Tiada ulasan:

Catat Ulasan