I made this widget at MyFlashFetish.com.

01 Februari, 2010

Penggunaan internet dalam pendidikan matematik

Internet adalah satu sumber pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan matematik. Terdapat pelbagai bahan menarik, yang meliputi pelbagai tajuk seperti arithmetik, geometri, statistik, kalkulus, algebra, sejarah , dan sebagainya. Antara bahan yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar berhubung dengan pendidikan matematik ialah:

1)Teori pembelajaran dan aplikasi

2)Penyelesaian masalah
3)Pintar cerdas
4)Jurnal dan majalah pendidikan matematik
5) Rekreasi matematik
6)Forum matematik
7)Soal jawab matematik
8)Jurnal matematik

dan sebagainya....jom follow laman ni:

http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet.html

30 Januari, 2010

AIR MATA RASULULLAH

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

.....................................................................................


Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”

Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”

Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”

Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”

Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”

Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”

Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”

Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”

Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”

Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”

Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”

Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”

Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”

Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”

Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”

Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman:
“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”

Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”

Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”

Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”

Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”

Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

@@ PERANAN GENERASI MUDA ???@@

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat para pembaca budiman, yang dikasihi, yang disayangi yang juga sahabat muslimin muslimat penulis sekalian....
Kali ini, penulis ingin berkongsi pendapat dengan para pembaca tentang APAKAH PERANAN GENERASI MUDA ISLAM apabila maruah ISLAM itu sendiri telah dicerobohi, diperkosa, dinafikan hak dan sebagainya seperti isu PENGGUNAAN NAMA ALLAH... Pada pandangan penulis, pertama sekali memang tak dinafikan perkara-perkara seperti berikut adalah perlu apabila isu penggunaan nama Allah timbul atau ditimbulkan oleh kafir laknatullah..Perkara tersebut seperti buat Demonstrasi aman, menghantar meorandum kpd YDP Agong, mengumpul tandatangan 1,000,000 tandatangan dan rayuan mahkamah bila kita dah kalah bicara..semua ini perlu, dan yang bertanggungjawabnya bukan generasi muda 100%, kita serahkan kpd pihak berkuasa disamping kita menyokongnya...Kita perlu sedar bahawa pihak kafir sengaja melakukan sedemikian untuk menghuru-harakan umat Islam, mereka nak tengok sejauh mana orang Islam boleh dipermainkan dan sejauh mana kubu kekuatan kubu Islam..Sudah jelas sekarang, mereka bertepuk tangan kerana kubu Islam dapat diceroboh dengan mudah...
Perkara yang lebih utama, yang lebih besar pada pandangan penulis ialah generasi muda perlulah tingkatkan iman dalam diri masing2..Cukup menyedihkan penulis, pada suatu hari, penulis, abang, kakak ipar dan adiknya ke Mid Valley Megamall di ibu negara, penulis tengok dua orang remaja lelaki dan perempuan sedang berciuman di depan pintu laluan masuk ke tandas..Cukup berani mereka kerana dikhalayak ramai pun sanggup melakukan perkara yang tak senonoh itu..Pada pengamatan penulis, mereka ialah Melayu dan Islam..

Seterusnya, generasi muda perlulah tahu apakah awal agama
Islam itu...Awal Islam itu ialah mengenal Allah..Siapa Allah..Apa yang Allah nak dan Apa yang Allah larang..Awwaluddin ma'rifatullah...Jika kita kenal Allah, baru kita sensitif dengan isu-isu yang berlaku...inikan tidak, orang sibuk pasal isu penggunaan nama Allah oleh Kristian laknatullah, kita sibuk berkepit dengan pasangan couple masing2, yang tidak mahram, kehulu kehilir...

Seterusnya, generasi muda perlulah belajar tentang Islam selengkapnya..Walaupun tidak lengkap lagi sekarang, sekurang-kurangnya sedang berusaha melengkapinya...Perkara-perkara yang perlu belajar pada asanya ialah ilmu fardhu ain, fardhu kifayah dan feqah...Bab hukum hakam...Dan ada banyak lagi ilmu yang perlu tahu...Tapi, belajarla yang asas dulu... Satu lagi perkara serius ialah, generasi muda perlu lengkapkan diri dengan ilmu al-Quran..Penulis perhatikan, ramai sangat generasi muda dan tidak terkecuali yang generasi dewasa dan tua tidak sempurna dalam ilmu al-Quran mereka...Mungkin mereka belajar ilmu al-Quran secara teorinya, tetapi secara praktikal nya, mereka gagal..Bukannya kita nak suruh belajar bab Qiraat, dan tarannum...itu yang ke2..yang wajib ialah hukum tajwid dan sebutan makhrajnya..inilah yang kita akan guna dalam sembahyang, yang menentukan solat kita sah atau tidak sah..Penulis sudah belajar di tiga buah negeri termasuk di negeri kelahiran penulis, sekarang ni penulis sedang praktikal di sebuah negeri yang lain..Penulis perhatikan, di negeri yang penulis belajar terakhir dan negeri penulis praktikal, imam masjidnya sendiri membaca Quran dengan bacaan salah dari segi tajwid dan makhraj..Ini menyedihkan penulis...macam mana mereka dapat title 'IMAM' sedangkan perkara utama mereka telah gagal... Penulis bukannya nak tunjuk pandai, tetapi itulah hakikatnya, penulis belajar dan perhatikan imam-imam masyhur membaca Quran, di situlah penulis dapat pastikan yang 'imam' tadi SALAH..

Bukan setakat ima, tapi USTAZ pun sama jugak..Bunyi saja balik dari Mesir, tapi bacaan Quran mmg tidak betul...Mungkin dia tak belajar pasal Quran kat Mesir, hanya belajar untuk dapat ijazah dalam bidang lain..Sebenarnya, ilmu Quran ni, tidak susah pun...Disamping belajar akademik, belajar la ilmu Quran...Untuk hebat Quran, penulis ingin bagi petua macam mana nak pandai Quran..Jawapannya, HARI-HARI BACA AL-QURAN...Sehelai sehari pun OK la... Yang PALING PALING PALING penulis ingin tekankan tentang generasi muda ialah, jangan terlampau asyik dengan POLITIK kepartian yang ada di negara ini...Sesungguhnya, bagi pendapat penulis, POLITIK kepartian yang ada sekarang sudah terpesong sedikit dari kehendak Islam, yang Rasulullah s.a.w ajar...Bagi penulis, perlu ada satu lagi parti politik yang 100% mengamalkan ajaran Islam, dan semua Melayu Islam dan lain2 orang Islam bergabung di dalamnya... Amat merisaukan penulis, apabila sesama masyarakat Islam di negara kita bergaduh sesama sendiri kerana POLITIK...Inilah perkara yang diintai-intai dan ditunggu-tunggu oleh golongan kafir..iaitu PERGADUHAN dan PERBALAHAN...
Tidak dinafikan, ada dikalangan masyarakat Islam di negara ini alim agama, ada yang jahil agama dan ada yang sederhana dalam agama
...Tapi, jadikanlah kelemahan pihak lain itu sebagai tanggungjawab yang alim untuk membimbingnya...Apa yang dirisaukan lagi, yang 'alim' hanya alim secara teori sahaja dan praktikalnya macam imam dan ustaz tadi...Sebab itulah mereka tidak rasa kebertanggungjawaban mereka dalam membimbing sesama muslim...wassalam..

sumber
http://teenagedakwahonline.blogspot.com

29 Januari, 2010

lagi info utk dibaca bersama

Tanda-tanda awal kanser

1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan (6) Tembakau
(2) Alkohol (7) Radiasi
(3) Sinaran cahaya matahari (8) Pekerjaan
(4) Pengambilan ubat (9) Pencemaran air dan udara
(5) Perokok yang tidak aktif(?) (10) Keturunan


DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser


1. SATAY, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.


2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.


3. "Bah Kut Teh" (daging babi)
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana .
*Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".


4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS . B ahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.


5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)


6. Bawang Goreng segera .
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang berwarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan , ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Fakta sains

1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000. Kilometer.

2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.

3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.

4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

8. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.

14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

20. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.

(Sumber: http://www.skbandarputra.com/blog/blogs/index.php?blog=17)

28 Januari, 2010

menarik utk d kongsi

Info Sains : Uri berpotensi rawat gantian kulit melecur

Uri wanita bersalin yang biasa dibuang kini menjadi komponen paling sesuai dan murah untuk rawatan menggantikan kulit melecur, kata Penyelaras Bank Tisu Negara, Dr Suzina Sheikh Abdul Hamid.



Beliau berkata, bagaimanapun ia belum digunakan secara meluas berikutan tidak semua pakar bedah mengetahui penggunaan selaput itu berbanding selaput tiruan yang diimport pada harga antara RM700 hingga lebih RM1,000 sekaki persegi.

Katanya, daripada setiap uri, Bank Tisu mampu memperoleh lapan keping selaput yang dipotong pada ukuran 100cm/persegi setiap satu dan hanya dikenakan caj pengendalian pada kadar RM10 sekeping.

"Walaupun murah, ketika ini tidak semua pembedahan merawat kulit melecur di negara ini menggunakan selaput uri kerana bergantung tahap kelecuran pesakit dan pengetahuan pakar bedah mengenainya.

"Kelecuran Tahap III yang menampakkan isi dan tulang memerlukan penggantian menggunakan tisu kulit penderma," katanya selepas Majlis Perasmian Sambutan 15 Tahun Bank Tisu Negara yang disempurnakan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Datuk Prof Mafauzy Mohamed, yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohamed.

Turut hadir, Ketua Penyelaras Pusat Transplan Kebangsaan, Datin Dr Lela Yasmin Mansor dan Pengasas Bank Tisu Negara, Datuk Dr Hasim Mohamad.

Ketika ini, Bank Tisu Negara memproses hingga 200 uri setiap bulan bagi mendapatkan selaput yang boleh menggantikan kulit melecur Tahap I dan II.

Dr Suzina berkata, uri yang diterima daripada penderma yang disaring sebelum bersalin, hanya diambil selaputnya sebelum dikembalikan kepada keluarga untuk diuruskan mengikut adat dan agama masing-masing.

sumber: http://hkulim.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=76